Filter
Categories
-
Media Releases
- Events
- Gallery
PLUS JALANKAN KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN TANDAS AWAM DI PLAZA TOL BERTAM & PLAZA TOL BUKIT TAMBUN (KEDUA-DUA ARAH) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN PENGGUNA LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 14 Mei 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya dengan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di Plaza Tol Bertam dan Plaza Tol Bukit Tambun (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Utara-Selatan.
PLUS LAKSANA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI PLAZA TOL HUTAN KAMPUNG (ARAH SELATAN) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Petaling Jaya, 11 Mei 2024:- Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja penyelenggaraan jalan di Plaza Tol Hutan Kampung di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh itu, satu lorong paling kiri (lorong kenderaan berat) di laluan masuk Plaza Tol Hutan Kampung (Arah Selatan) akan ditutup sementara selama 5 hari mulai 9:00 pagi, pada 13 Mei 2024 hingga 12:00 tengah hari, 17 Mei 2024 bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan.
PLUS PERTINGKAT PERSEDIAAN MENGURUSKAN PERTAMBAHAN TRAFIK SEMPENA MUSIM PERAYAAN
Petaling Jaya, 27 Mac 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu, sepertimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kerja Raya baru-baru ini. Selain itu, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti.
PLUS JANGKA TRAFIK HARIAN BERADA PADA WAKTU PUNCAK ANTARA 5 HINGGA 6 PETANG PADA SETIAP HARI BEKERJA SEPANJANG RAMADAN
Petaling Jaya, 9 Mac 2024:- Berdasarkan pada data serta pola pergerakan trafik pada bulan
Ramadan yang lalu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan waktu puncak pulang
bekerja adalah di antara jam 5 petang hingga 6 petang, di mana jumlah kenderaan akan
berada pada tahap tertinggi pada setiap hari bekerja pada Ramadan ini.
PLUS TUMPU 4 STRATEGI KHUSUS URUS PENINGKATAN KENDERAAN CUTI TAHUN BAHARU CINA
Petaling Jaya, 8 Februari 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi tumpuan kepada 4 strategi khusus untuk menguruskan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya kendaliannya pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Empat strategi khusus tersebut memberi tumpuan kepada keselesaan pengguna, pengurusan trafik, pengagihan trafik dan komunikasi yang efisien.
PELUANG MENANGI HADIAH BERJUMLAH RM20,000 JIKA PATUHI MYPLUS-TTA SEMPENA CUTI PERAYAAN
Petaling Jaya, 2 Februari 2024:- Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM20,000 apabila mematuhi perjalanan mereka yang telah didaftarkan dengan MyPLUS-TTA di dalam Aplikasi PLUS bagi perjalanan di antara 8 hingga 13 Februari sempena cuti Perayaan Tahun Baru Cina di mana jumlah trafik dijangka akan meningkat sehingga mencecah 2 juta kenderaan sehari.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUSโ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.