Filter
Categories
-
Media Releases
- Events
- Gallery
PLUS TUTUP LORONG KIRI DI TEROWONG MERU LALUAN KUALA KANGSAR- IPOH BAGI KERJA PENAMBAHBAIKAN TURAPAN JALAN
Petaling Jaya, 4 Februari 2023:- Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan. Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis) 2023, antara jam 9:00 malam hingga 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut.
PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL UPM UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol UPM di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 2 bulan mulai 2 Februari 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dijalankan.
INSIDEN BAS PERSIARAN TERBAKAR: LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM DITUTUP SEMENTARA DEMI KESELAMATAN PENGGUNA
Berikutan kejadian sebuah bas persiaran terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM kira-kira jam 6:20 pagi tadi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara Laluan Keluar di Persimpangan Bertingkat UPM untuk sementara waktu untuk kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol dan memastikan keselamatan pengguna.
LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM KINI DIBUKA SEMULA UNTUK SEMUA KENDERAAN
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan keluar di Persimpangan UPM kini dibuka
semula kepada semua kenderaan selepas pihak PLUS dan pihak berwajib mengadakan pemeriksaan lanjut di
plaza tol terbabit.
PLUS TAMBAH KEMUDAHAN BAYARAN TANPA TUNAI Dl MENJELANG TAHUN BARU CINA
Bagi meraikan ketibaan Tahun Arnab, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa sebahagian besar Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS kini telah menerima pembayaran tanpa tunai untuk memberi lebih kemudahan dan ganjaran yang lebih bermanfaat kepada pengguna lebuh raya.
PLUS SAMBUT BAIK PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA
Petaling Jaya, 19 Januari 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik inisiatif pemberian tol percuma kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Lebuhraya PLUS pada 20 Januari dan 21 Januari bersempena dengan sambutan Tahun
Baharu Cina sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 18 Januari.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUSโ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.